REAL-TIME RESPONSE TO A REAL THREAT

HARNESS THE POWER OF SATCOM

Kapasiti tambahan untuk saringan Covid-19

COMBAT mampu menjalankan 1200 saringan tanpa sentuhan sehari. Ianya 4x lebih banyak daripada hospital dan klinik. Saringan dengan lebih efisien.

Lihat ciri-ciriMengapa COMBAT?
Seperti yang dipaparkan di

Memperkasa Inovasi Produk Tempatan

Kami ingin membantu menyelamatkan nyawa dan memastikan keselamatan para 'frontliners'. Pelantar ini membolehkan rakyat Malaysia yang berbakat berganding bahu secara sukarela untuk memperbaiki situasi Covid-19 di negara kita, serta membantu mencari jalan penyelesaian.

Proses 'Design Thinking'

Kami menggunakan 'design thinking' sebagai sebahagian daripada proses untuk memahami pengguna, mencabar andaian, memperhalusi masalah dan membina solusi yang inovatif dalam membina prototaip dan ujian.
Untuk mereka bentuk solusi dengan lebih cekap dan berkesan, seluruh ekosistem kami menggunakan kelebihan media sosial, teknologi dan aplikasi mudah alih.
Ekosistem Solusi Kami
PeDRO

Penghantaran sampel menggunakan drone

CONTOR VENTILATOR

Mesin bantu pernafasan

COMBAT

Kontena sampel yang efisien dan selamat

COMET

Aplikasi untuk mengesan wabak Covid-19 berhampiran anda

CHOME PPE

Pakaian perlindungan untuk staf kesihatan

MOBED

Jabatan kecemasan mudah alih

COMANCHE

Persijilan untuk produk kesihatan

DAMS

Latihan pengendalian drone

DISCO

Penambahbaikan cucian pembasmi kuman

COMBAT: Unit Saringan Tanpa Sentuh

Menyaring dengan cekap sambil memastikan keselamatan para 'frontliners'.

Prestasi

COMBAT mampu melakukan minimum 1200 saringan sehari. 4x lebih banyak berbanding hospital dan klinik.

Kelestarian

Boleh mengurangkan penggunaan PPE sepanjang hari dan penggunaan ruang yang cekap

Kebolehcapaian

Unit ujian ini mampu memuatkan 3 pengguna berdiri dan 2 pengguna di kerusi roda pada satu-satu masa

Komunikasi

Data penting dan sensitif dipindahkan melalui Satelit WIFI

Delivery to Hospital UiTM

Garis masa pengeluaran untuk MK1

Pasukan jurutera dan pereka telah memulakan Project COMBAT pada 23 Mac 2020 dan akan mengambil masa lebih kurang 15 hari untuk menyiapkan satu unit.
  • 1

    23hb - 30hb Mac

    Reka bentuk & kejuruteraan

  • 2

    31 Mac 2020

    Pemotongan kontena

  • 3

    2hb - 12hb Apr 2020

    Fabrikasi dan Pemasangan

  • 4

    13hb Apr 2020

    Pengujian dan pentauliahan

  • 5

    14hb Apr 2020

    Penghantaran ke Hospital UiTM

Pelabuhan drone mudah alih yang mudah dibawa ke laman operasi

Mandat kami adalah mereka bentuk, membina dan mengesahkan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) untuk operasi kargo

0 +

0 ft

Pad Pelancaran

Pusat Kawalan kami mampu memuatkan 5 atau 10 pad pelancaran drone tanpa pemandu dengan dek penerbangan dan simpanan perubatan & bio-bahaya.

Ketinggian Penerbangan Dari Tanah

Menubuhkan koridor penerbangan khusus untuk Perkhidmatan Perubatan Operasi Drone (DOMS)

Bantu kami menyampaikan reka bentuk yang menyelamatkan nyawa ini kepada barisan hadapan perubatan kami

Doktor & Jurutera Reka Bentuk Covid-19 Malaysia adalah sekumpulan 109 profesional dan bakat Malaysia di dalam dan luar negara yang berusaha secara sukarela untuk mencari penyelesaian untuk melakukan ujian saringan besar-besaran yang pantas dan cekap untuk calon pesakit COVID19. Kami memerlukan pertolongan anda untuk menyampaikan reka bentuk yang menyelamatkan nyawa ini kepada para 'frontliners'.

i-Medik selaku Pemegang Amanah akan membantu usaha 'crowdfunding' dan mencari penaja. Akaun Maybank - 5628 3463 5104 I-MEDIK

Derma Melalui BillPlz